29 March 2011

Home » » Ramai yang tak 'available' dah eh sekarang?

Ramai yang tak 'available' dah eh sekarang?

Assalamualaikum semua..akhirnya berjaya juga aku mengupdate blog nih setelah lama gila koma..ngee~
Teruk betul kan aku ni..penyegan sungguh..korang2 sihat tak? Kami sini okay2 jek..

Hmm..kenapa eh aku cakap macam tu? Sebab..dua tiga bermenjak-menjak ni ramai sangat yang bagitau nak bertunang la..tak sabar nak kahwin lepas grad la..dah pegi kursus kahwin la..dah dah bla bla bla..aku pulak yang stress..haha..tak larat nak dengar..

Kerja korang taknak cari eh..sibok cari boyfriend girlfriend..confuse aku..kalau takde kerja ade ke orang nak ke mu?..sebenarnya aku pon nak la jugak..hehe..tapi bukan pakwe..nak soulmate..yang serasi..yang kena dengan jiwa..
Walaubagaimanapon aku respect la pada yang nikah awal2 ni..berkeyakinan tinggi mereka2 ni..harap berkeyakinan tinggi jugak la dalam pikul tanggungjawab..

Kes #1
Membe aku seorang lelaki kena berhenti keje..baru dapat keje baru sebulan dah nak tunang..budak perempuan tu pulak satu aras dengan tapi aku taktaula yang mana satu..malas nak ambik tau sangat..dulu2 dia suka cerita macam2 dan dengar aku cerita.. sekarang ni tak dah..cerita kat tunang to be dia pulak..huhu.,

Kes#2
Membe aku perempuan..ex-schoolmate aku..bercinta dengan senior course aku..berapa kali dah kena curang..madu..tapi dok nak jugak..tak paham..semoga bahagia..

Kes#3
Juga ex-schoolmate aku..lelaki perempuan menikah..si lelaki dah kerja..si perempuan tengah belajar lagi tahun berapa tak sure..tapi yang sure nya even kahwin pon maybe still dok berjauhan..sebab si isteri study di oversea..si suami kerja perkapalan..

 
Kes #4
Membe kelas aku sekarang..baru lepas clash..hehe..tapi takpe dia memang ramai peminat..macam salin baju pakwe dia tiap2 sem..dia cakap mak dia dah bising2 suruh kahwin cepat2 sebab akak dia pon dah bersalin baby..dia aje belum..nasib baik mak aku tak macam tu..

Hmm..aku penah baca sorang ustaz ni tulis..jodoh pertemuan semua di tangan Tuhan..kalau tak ready lagi nak berumahtangga tak payah kalut2 mencari..takut makan diri sendiri..maksudnya jangan buat keputusan main tangkap muat aje..sepatutnya istilah MENCARI tu digantikan dengan istilah MENJADI..maknanya..kalau kita ingin mencari pasangan yang baik2..kita perlulah menjadi yang baik2 terlebih dahulu..selebihnya kita berusahalah dengan berdoa dan bertawakkal..
sweet couple dalam Dream High..suka!

p/s aku ni calon nak pegi kursus kahwin sama2 pon taktau lagi sape..tak nampak rupa..hee,

9 comments:

kaizenshinobi said...

pergi kursus kawen cepat2... g sendiri2 pown boleh... sebab course bertukar2 tiap2 tahu, makin lama makin susah... hehe

BalqeesAmanda said...

hehe..lambat lagi kot nak kahwin..pegi sekarang bersawang nanti sijil..gagaga~

hasrul hassan said...

Salam.
Cuba pergi kursus kawin dulu .. nanti akan diberikan jalan yang baik utk dapatkan pasangan. Tu kan satu cara nak MENJADI pasangan yang baik? Mencari ilmu utk menjadi pasangan muslim terbaik. Tak gitu?

BalqeesAmanda said...

wsalam..ya betul kata saudara tu..tapi ustaz ada pesan adalah lagi afdhal kalau kursus kahwin ni pergi sama2 dgn pasangan..dpat ilmu pon sama2=)

::nuRuLaDHar:: said...

As salam...hye..

jodoh pertemuan ajal maut di tangan Tuhan...kalaw cepat tu cepatlah, kalaw lambat tu redha jek la...

tapi kalaw berusaha tak mustahil kan? InsyaAllah..Allah dah tentukan jodoh yang terbaik untuk semua hambaNya...cuma kita kene pandai pilih jalan jek...

~sekadar berkongsi.. =)

Rina Rossoneri said...

kwn kita sibuk suh kita cr bf,tp skrg kita bz nak cari keje tetap..nak mmglah nak,tp xberpeluang

BalqeesAmanda said...

@nuruladhar - ok..terima kasih sudi beri pandangan nurul..=)

@rina - hmm..cr keje dulu la..masa depan kita kne pikir jugak kan..lg satu takyah la cr bf..kita cr jodoh trus..hihi,

Oh! blogwalking said...

Oh! blogwalking sudah kembali aktif semula... lagi hangat dari biasa....

BalqeesAmanda said...

oh!balqeesamanda masih lagi tidak aktif..suam2 kuku je..hee,

Post a Comment

Thanks for visit and leave comment on my blog..=) Hope to hear from you again..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...