28 November 2010

Home » » Kawan2 jawap soklan ni: Sanggupkah kamu semua terima lelaki yang dah tak teruna?

Kawan2 jawap soklan ni: Sanggupkah kamu semua terima lelaki yang dah tak teruna?

Assalamualaikum,


Hmm..ni kesinambungan untuk entri baik punya Jejaka Terhangat kita ye..=)
Bukan saya nak cabar2 awak tau or lelaki yang lain..tapi nak tau pendapat ramai aje..

Ok orang selalu "memandang lebih" pada kaum perempuan ni..apa saja yang perempuan buat mesti dapat perhatian samaada kalau buat baik tu dapat pujian la..kalau buat yang tak baik sikit tu alamatnya dapat makian la eh..contohnya macam sini..lelaki vs perempuan

Aku tau ramai lelaki kat luar sana akan cakap..perempuan seksi ni hanya untuk seronok2 ok la..nak buat bini..aku nak yang tutup2..sopan santun..tapi kamu sendiri macam mana cukup baik kah nak dapat perempuan yang kamu idamkan macam tu?

Aku pernah dulu chatting2 dengan lelaki yang merupakan student kat UK sana nun..kira dia budak bijak la kan..bakal doctorate oversea..ok la so far aku chat2 dengan dia..dia respect aku maksudnya dia tak lah cakap noty2 dengan aku kan..
Dan aku pernah jugak join chatroom tu pakai nick lain..aku tegur dia..dia reply..lama2 sembang dia tanya..u pernah terlanjur dengan bf u..or pernah ringan2 ke..
Aku jawap..tak pernah la..takot..dosa..pastu dia gelak2..i semua dah pernah..best tau..tambah dok kat sini pulak..memang open abes..
Aku: oo kiranya u dah tak teruna la ni ye..
Dia: yup..ala..rileks la teruna lelaki orang tak nampak..same aje..

Ada jugak membe aku sendiri bagitau..dia pon dah tak kisah perempuan dara ke tak..sebab dia pon dah tak teruna..fair and square lah..see?..

Bagi aku sebagai perempuan memang aku tak setuju dengan apa yang jadi sekarang..serius aku cakap aku malu kalau ada mana2 perempuan yang dapat malu jugak..sebab mereka kaum aku..aku sayang..

Dan sebab sayang tu jugak..aku rasa tak adil sangat kalau orang hanya salahkan perempuan kalau jadi apa2 perkara yang tak elok..perempuan tak reti jaga maruah diri la..senang kena ayat dengan jantan la..tapi cerita disebalik tu ada orang ambil kisah?..mungkin dia tersepit dengan keadaan..ada orang tau?

Hmm..bila perempuan tu dah tak ada dara..dikata nya sudah ditebuk tupai..tapi kalau lelaki tu dah tak ada teruna..tak ada pulak kata2 pujangga apa2 eh?..

Ustazah aku pernah cakap dulu..lelaki ni nak yang baik2 aje..tapi mereka tak sedar kaum mereka jugak la yang buat dari baik menjadi tak baik tu..=)

Kawan2..ada nak argue..??

...Noktah...

2 comments:

Kei said...

lelaki mmg hipokrit T__T

Balqees Amanda said...

majoriti mungkin..tapi tak semua..we think positively ok..=)

Post a Comment

Thanks for visit and leave comment on my blog..=) Hope to hear from you again..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...